Tidak ada tauliah JAIS Penahanan Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Pada 2 November 2009, pihak Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur tidak mengeluarkan sebarang pertuduhan. Turut hadir memberi sokongan ialah Marina Mahathir dan Zainah Anwar, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Azman Shafawi, Saari Sungib dan Zuraida Kamaruddin. Turut hadir ialah wakil kepada Senator Datuk Jamil Khir Baharom, wakil UMNO, PAS ,PKR dan peguam dari pelbagai firma guaman.[3]

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Dato' Mohammed Khusrin bin Haji Munawi menyatakan bekas mufti itu akan tetap didakwa kerana tidak ada permit menyebarkan agama Islam. Dr Asri akan didakwa di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003, Seksyen 119 (1) kerana pendakwah perlu mendapatkan tauliah daripada JAIS. Pesalah akan didenda sehingga RM3,000 atau dipenjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya. Taklimat di Bangunan Sultan Idris, Shah Alam itu turut disertai Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes bin Abd Wahid.

Pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) adalah di bawah kuasa Sultan Selangor yang mentadbir hal ehwal ugama Islam. Dr Asri mendakwa dirinya telah menjadi mangsa dendam dan 'sasaran' sejak sekian lama kerana membuka pekung banyak pihak. Pihak Jabatan Agama Islam Selangor {JAIS) pernah memberitahunya semua mufti boleh mengajar di Selangor kecuali Mufti Perlis. Ketika menjadi mufti pun, ruang berceramah tidak dberikan. Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah dilarang memberi ceramah di Selangor era Datuk Dr Mohamad Khir Toyo. Mufti Perak pernah gagal mengadakan ceramah di Johor kerana ditolak oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Amaran itu diberikan ketika JAIS berada di bawah kerajaan negeri Selangor - Barisan Selangor. Kini JAIS dibawah tanggungjawab Exco Pakatan Rakyat Dato Dr Hassan Ali. [4] Peraturan ketat di setiap negeri ini adalah selaras dengan perundangan bahawa di peringkat negeri semua hal ehwal agama terletak di bawah kuasa Sultan.

Rujukan

WikiPedia: Penahanan Dr Mohd Asri Zainul Abidin http://www.dromoz.com/directory/place/?id=3674&p=T... http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/1... http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/1... http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/1... http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/1... http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/1... http://mstar.com.my/kolumnis/cerita.asp?file=/2007... http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/20... http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/20...